Tuesday, December 28, 2010

segan awww

okay hi. i mean, assalamualaikum. sebenarnya nak bagitau blog ni bukan blog cerpen mahupun prosa moden. saye sebenarnya seorang yang pemalu nak tulis post. kalau tulis post tu duduk dalam bilik diam diam dalam gelap untuk ambil feeling sebagai calon peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 gitu. seriously kan, takde niat nak buat post emo emo tacing tacing sampai semua berhingus baca. takde takde. ni macam aaaa kisah hidup la. saye tak nangis pun tulis post sebelum ni. saye taf okay. macam Ibu :D

TERIMA KASIH DAUN KELADI DAN MANGGA kat semua yang tolong doakan dan bagi sapot secara langsung atau siaran ulangan. kepada Nazurah Malek, Dania Azmy, Hazwan Hashim, Nik Khaidir, terima kasih datang melawat kat hospital hari tuh. tacing oh. lepas tu kat semua yang bagi mesej and post kat wall pun sangat caring. yang bagi ayat Quran tu yang pergh. terbaek. terharu tak hengat gak tuh. sorry tak reply. sebab terharu sangat. hehe. ni yang special sikit, buat kazen yang femes, Zahidah Maulida, yu de bes la buat post tu. Anus Hanis Faiqah pun same. you selalu buat i emosi taw. and also to girlfriend saye yang panas, Hanis Jey. nak baca post dorang boleh klik sini, sini dan sini. awsem sites they have :D :D :D

and yes, i am okay now insyaAllah. thank you for the doa. Allah SWT je mampu balas *takde ayat lain dah* saye bukan seorang yang emo, taklah. saya kuat gelak kot. tapi kalah la dengan Khairun Sofea hehe. saya takot kalo emo jadi muka macam ni

ya Allah Ain. ape tu.




that's all. sorry for the names unwritten. my huge and deepest gratitudes to everyone :)


Sunday, December 26, 2010

bidadari kecik

hi. erm hi. sorry has not been updated these days. things happened. and yeah, they happened. first and foremost, al Fatihah untuk Allahyarham Aufa Hani binti Iswandi Harahap yang baru meninggal 21 Disember yang lalu. cepat semua tadah tangan.okay. honestly, saye taktau nak tulis ape senanye. hehe. *stopped for 15 minutes* here goes.. *tarik nafas..

19 Disember 2010

1030 am

sampai Hospital Selayang. naik lif sampai tingkat 5. belok kanan kanan kanan lagi sampai ICU. tapi tak boleh masuk. duduk bilik keluarga dulu. tapi penuh, pegi Surau.

solat Dhuha dulu. taktau pasal pe tapi rasa paling sedih haritu. Aufa dah 10 hari kat ICU. lame sangat tu. improvement dia sangat minimum. hari hari tengok Aufa macam tu jugak. dah terpeleot kat sejadah rase macam tak kuat dah. 'Cik Ya tak kesah jage Aufa hari hari tapi Aufa cepat sembuh eh.' rasa macam nak rebah pastu baca Quran jap. tiba tiba dapat ayat ni


".... Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita....."
9:40

Allahuakbar. sesungguhnye Allah tu Maha Mengetahui, dan Dia paling dekat dengan kita. urat leher pun kalah. 50:16.

you know, ade satu evil machine ni. breathing support machine, i think. since paru paru Aufa dah penuh kuman, paru paru dia tak boleh buat gases exchange macam biasa. so that machine created this like a bubble area, idk, tak jadi doktor lagi, untuk substitutes lung function. machine ni sangat evil sebab dia buat dada Aufa turun naik laju laju sebab pressure dia kuat sangat. saye tau Aufa sakit.

about 100 pm

Sya : Aufa, Cik Ya datang ni. Umi pun ade.

Aufa still tutup mata. Abanteh masuk.

Abanteh : Aufa, one two, jump!

Aufa bukak mata. besar dia bukak. one two jump ni ajaran yang diterapkan kat Aufa. kat rumah, Abalang dan Abanteh pegang tangan Aufa sebot one two jump, pastu Aufa akan lompat. pandai budak ni.

Sya : Aufa Aufa.. Cik Ya ni. Aufa :D

Aufa bukak mata dia besar tengok semua orang. Abanteh pun excited. mata dia dah la lawa kan. Aufa macam nak cakap. tapi sebab ade wire from that evil machine tu, dia tak dapat cakap. Aufa bukakkk je mata. dalam hati macam nak lompat tinggi tinggi. tapi kena cover.

Aufa sebenarnya tak digalakkan sedar sebab nanti dia bergerak pastu oxygen level dia turun. sebab tu Doc bagi ubat tidur so that she could rest and recover fast. tapi kami tetap gak excited gila tengok dia bukak mata. sebab rindu. rindu sangat.

20 Disember

200 pm

Sya : Aufa. Aufa cepat sembuh ye.

Aufa genggam tangan. kuat.

Sya : Aufa, Cik Ya nak kena keluar ni. japgi Cik Ya masuk balik eh.

Aufa genggam tangan lagi kuat.

Sya : okay okay, Cik Ya duk sini teman Aufa.

Makcik Guard : (tunjuk jam dari jauh. 200 pm dah habis waktu melawat la dik, katanya dalam hati)

Sya : Aufa Aufa, Aufa rehat eh. Cik Ya tak pergi mane mane pun. kat luar je.

Aufa bukak mata. dia kerutkan dahi tanda nak start nangis.

Sya : Aufa jangan macamni.. Aufa, Cik Ya ada. okay, Cik Ya tak pegi.

peduli hape kan dengan Makcik Guard tu.


21 Disember

430 am

asal mata terbukak luas ni. tak set jam pun. nak suruh Qiam ni...

100 pm

Sya : Aufa Aufa. Cik Ya ni. Aufa taknak bukak mata ke?

Umi Aufa : Yaaaaasiiin..

......

Umi Aufa : Ya, Ya, Aufa bukak mata tu.

Umi Aufa tak boleh pegang Aufa sebab dia pregnant. Doc cakap nanti Umi Aufa lak terjangkit. sebab Aufa kan dah banyak kuman. dugaan tu untuk Umi Aufa tak dapat pegang anak sendiri. tapi Umi Aufa la paling banyak bacakan doa dan surah untuk Aufa.

Sya : Aufa, Aufa, Aufa sedar ye?

Aufa bukak mata. tapi harini kecik sangat. tak sampai half pun dia bukak. dia nampak penat.

Sya : Aufa penat ye?

mata hitam Aufa dah tak nampak. nampak putih je.

Sya : Aufa, Aufa, ni Umi ni ade.

Aufa tengok Umi dia. lepas tu muka Aufa macam nak nangis. mulut dia dah bergerak nak menangis. tapi Aufa tak larat..

Sya : Aufa, Aufa, kenapa ni sayang? Aufa jangan nangis. tengok semua orang ade.

Aufa tengok saye. tengok Umi dia. lepas tu mata Aufa nampak putih je.

Sya : Aufa......

Aufa dah tak genggam tangan hari tu.


830 pm

Imam : Okay. kita akan tunaikan solat hajat dua rakaat untuk cucu sahabat kita, Azami bin Zaharim yang bernama Aufa Hani yang masih lagi terlantar di ICU.

jemaah semua dah bangun. tiba tiba Abi dan Umi Aufa tergesa gesa keluar rumah. rupanya Doc call suruh datang hospital sekarang sebab ada emergency.

Abah : ni, kami baru dimaklumkan Aufa sekarang berada dalam keadaan tenat. jadi boleh lah kita mulakan solat hajat segera.

saye dah menangis dah. nenek pegang tangan saya kuat kuat.

Nenek : Ya, dengar ni. kalaupun apa apa jadi, ingat pesan Nenek, jangan nangis. Aufa tu budak baik. ingat tu.

Aufa disahkan meninggal dunia tepat jam 9.25 malam. rupanya jantung Aufa dah berhenti 45 minit sebelum tu. dan Doc mintak Abi Aufa lepaskan Aufa perlahan-lahan dengan mencabut evil machine tu. Abi Aufa merelakan. Allah SWT sahaja yang tau apa perasaan kami malam tu. Umi Aufa cuma mampu cakap

"Anak Umi....."

jenazah Aufa dimandikan dan dikafankan malam tu jugak kat masjid UIA. apa yang kami ingat, muka Aufa cantik sangat. putih. macam tengah tidur. malam tu jugak Umi Aufa bleeding, terus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, takde apa apa. Doc cakap mungkin stress. jenazah Aufa dibawa ke rumah dan diletakkan di tengah tengah ruang tamu.

sape je mampu tahan tengok Nenek yang pura pura kuat boleh menangis sampai terduduk bila tengok jenazah cicitnya. Nenek pegang muka Aufa taknak lepas. Nenek peluk kuat kuat. kat situ jugak Nenek terduduk dan tidur kat sebelah jenazah Aufa.

"Aufa cicit nenek..."

dalam hati, saye cuma mampu cakap

"Ya Allah Aufa..."

pagi tu jenazah Aufa disempurnakan dan dikebumikan kat belakang UIA kat Sungai Pusu tu. Abi Aufa yang pangku jenazah dari rumah sampailah ke kubur.

Sya : Abanglong, Ya nak tengok muka Aufa boleh?

saye nampak mata Abi Aufa merah. sambil menahan sebak.

Abi Aufa : Aufa tengah senyum. tengah senyum.

memang Aufa tersenyum. putih bersih muka Aufa. sape yang tengok muka Aufa mesti rasa tenang. lupa nak cakap, sepanjang Aufa kat ICU pun kan, Aufa memang wangi. sangat wangi berbanding pesakit pesakit lain. jenazah dia lagi wangi. wangi sangat. itulah bidadari kecil kami.


Umi Aufa bagitau saye yang memang Aufa tu dah nampak ciri ciri anak syurga sejak dia lahir lagi.

  • Aufa suka tengok Astro Oasis start dari pukul 6.30 petang tu. ada nasyid, zikrullah, asmaul husna. Aufa takkan bergerak dari depan TV tu. kalo lagu dangdut, dia tak suka. dia akan blah macam tu je.
  • Aufa suka dengar Azan. kalo Azan je dia teros senyap. nanti dah habis azan dia suruh Abi dia pegi surau sambil angkat tangan macam nak takbiratul ihram. kalo kita tanya "Allahuakbar macamane Aufa?" nanti dia angkat la tangan dia.
  • Aufa suka makan kismis. kalo hulur je kismis kat mulut dia, dia ngap. kalo boleh sampai termuntah dia makan. tapi dia suka. suka sangat.
  • Aufa tak suka sangat mainan, dia suka baca buku. kalo jumpa buku, buku Physics sekalipun, dia ambil bawak kat kita suruh bacakan. sebab dia ikut wahyu pertama Allah SWT kat Muhammad SAW.

Aufa lah bidadari kecil kami. Aufa dah takde, tapi kami tau dia ada kat tempat paling baik kat seluruh alam ni. Abi Aufa cakap Aufa tengah main dengan Nabi Ibrahim. mesti dia tengah happy kan. kami rasa lega sebab Aufa tak sakit sakit lagi macam dulu. dah takde evil machine dah. sebelum ni kan Aufa takde mainan, kat atas tu mesti banyak mainan dengan buku. mesti dia seronok gile tu. mesti Aufa dah banyak senyum dan gelak macam dulu waktu tak sakit. dah banyak kawan. kismis pun mesti banyak kat sane! hehe.

Aufa sayang, Aufa bertuah ada Umi dan Abi kuat macam tu. diorang sabar betul. Umi dan Abi pun bertuah ada anak syurga macam Aufa. Cik Ya pun bangga ada keluarga syurga insyaAllah. Cik Ya tak marah pun Aufa tinggalkan Cik Ya. Cik Ya cuma nak berterima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Cik Ya. Aufa dah banyak gembirakan Cik Ya sampai terlompat lompat. walaupun Cik Ya jarang balik, Cik Ya selalu rindukan Aufa. Cik Ya simpan bantal Aufa tu ye? Cik Ya sayang Aufa. fillah.






















Sya : Abah.. Aufa dah sampai syurga.

Abah : Abah tau. Ya, jangan menangis. Allah tu Maha Besar. hebat betol perancangan Dia. dulu Abah sakit, Allah tak ambil nyawa Abah ni ha. Allah ambil Aufa sebagai ganti. tapi Allah tu sebaik baik perancang. Dia ambil Aufa, tapi yang tu dah confirm masuk syurga. kalo Dia ambil Abah, Abah tak confirm masuk syurga. dah la tu, Allah bagi lagi dua kat dunia. Along pregnant lagi, Kak Ngah pun pregnant. Allah ambil satu je. tapi Allah bagi lagi dua. sape lagi nak bagi kita macam tu dalam dunia ni Ya?

Friday, December 17, 2010

emo secara serius

i lied when i said i didn’t remember how hard did i cry when i got the phone call informing Abah had a stroke. the feeling i had, is a feeling that i never thought, exist. i had this numerous negative thoughts about what was going to happen to my family if anything happens to Abah. one of the thought is that, i was afraid that i would fail IB because my family would fall apart without Abah. i was weak. and alone.

i contacted no one that time because my old sim card was broken. i used different sim card so thats why no one could reach me. i had only one number in mind. and that was the number of my life that time. i wish for strength from that someone.

but well. things got back on the contrary. i wasn’t just feel weak and alone, i felt crashed. i was left alone. you see, i really wanted to tell each and every detail of my day to that person, but instead, i screamed, and no one heard me.but i knew i have to get through this. my family was nearly broken. everyone was crying, really hard. and i couldn’t do anything in my power but to cry with them. the only feeling i had that time was that i was seeking for an ear to listen to all of this. but i realized i wasn’t loved and just pathetic to be heard. the nights were scarier than ever that i slept with wet pillows and woke up with swollen eyes. i waited for any call, or message but none arrived. the only number i put my hope to, is the number that smashed any bit of hope i had. to make it worse, i wasn’t only being left, i was cheated.

i thought maybe i was too sensitive. so i forgave.

but i was naive. so naive that i believed any problem happened because of me. but now i know i was dumb. Aufa is another strength of mine. Aufa isn’t here, so i feel lonely. again. it is just like a repeated scene. i hang on someone, again, to tell how much i miss Aufa every day and each Aufa’s very slight movement every time i touch her. or how Aufa cries in her sleep every time doa is recited. or even how Ibu and Nenek cry every day just to look at her toys at home. i need someone to listen to all of this. just to listen. though this time isn’t as hard as before, but i guess it is just enough to prove if someone really care about you.

i’m so sorry if you don’t understand this post. i just think maybe i would get better writing it down, i don’t know. well, moral of the story is that, dependency on someone kills. even if it’s the person you love, or the person you want to marry etc. i learnt it hard way. i hung on someone that bad, and i fell harder.












see, i wasn’t that strong after all.

Wednesday, December 15, 2010

my name is Syakirah finale ceycey

sebenarnya rasa poyo jugak buat post banyak-banyak part. bajet cerita Harry Potter. tapi saya rasa ketiga-tiga post memberi makna gitu sebab semua pasal family saya.

ekceli saya tak bermaksud nak tunjuk emo buat post yang menyentuh hati. sebab saya memang tak reti nak jiwang. betul. okay. taknak tipu. well, family is my strength. memang betul tu sebab family yang buat saya siapa saya sekarang. sepanjang saya hidup, banyak kali saya berubah. kadang-kadang lame, pastu jadi mulia, esoknya jadi tak tentu hala. tapi, family je yang stay dengan saya. diorang tak pindah rumah pun. setia je membela diri ini yang lame. ye saya ulang, lame. tapi diorang tetap menerima saya seadanya. ada ke orang lain macam tu? pakwe lagi la. haish. sebab tu saya anggap family is my everything.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik untuk keluargaku." - Hadis

sejujurnya, saya rasa Allah SWT buat macam ni sebab nak buat saya happy.

sebab pertama, saya dapat tengok dengan mata kepala betapa kasih sayang family saya sangat kuat. nampak abang-abang yang taf boleh nangis macam tuu je. deras je air mata diorang. Ibu lagi la taf. Ibu tak nangis tau tak sebab taknak anak-anak dia lemah jugak. kami semua bagi kekuatan yang sangat sedikit kat masing-masing sebab ni bukan family orang lain. sebenarnya, saya sangat happy. eh tak, bahagia. sebab tau saya ada family yang penuh kasih sayang.

sebab kedua, saya dapat tengok sape sayang saya dan sape pura-pura sayang saya. pergh ramai kot sayang saya. hehe. maksud saya, tengok kawan-kawan yang bagi sapot, menangis sama-sama, datang melawat semua, demi Allah tak pernah sangka saya dihargai camtu sekali. sebab tu orang cakap
“gelak besar ramai-ramai, nangislah kau sorang-sorang.”

yang ketiga paling best, Allah SWT nak bagi saya peluang merasai syurga tanpa dihisab kalau saya dan family antara orang-orang yang sabar. ini tak payah eloberet dah.

my name is Syakirah. the word Syakirah in Arabic stands for a person who is grateful. and so I, am greatly grateful for each tiny bit and piece of my life. good or bad. broken or not.








trillion gratitudes to those who give support directly or not. by meaning, to care to read my status, blog and anything i have written in public. a very short doa of yours is undoubtedly, highly appreciated and most important of all, is heard by Allah SWT that so, I am convinced that He will regard you rahmah. amin.

Tuesday, December 14, 2010

my name is Syakirah part 3

a split content from Part 1. macamni lah muka Aufa bila tengah geram :)


fokus kat bibir dan pipi.





..and i am Shin Chan’s little sister.



hehe. Angah jangan marah Ngah. ini Angah Hanafi. birthday tempat lahir semua tak ingat sebab dia pun tak ingat saya punya.


jap. Ya tak ingat ape nak cite.


okaylah. sebenarnya Angah dah terbang ke Germany dengan Kakngah dan Bibi untuk sambung belajar Phd dan Master dalam Aerospace, Engineering. sebenarnya post ni nak pesan supaya Angah belajar sungguh-sungguh ye nak. jangan lupa harapan Ibu Abah. belajar negara orang ni bukan senang, banyak cabarannya. ingat seronok ke belajar obesi ni. hish. ingat niat awak tu. belajar, bukan melancong.

okaylah Angah. sebenarnya Ya cakap camni sebab Ya tau Angah tak dapat sekeh kepala Ya. hehe. cume Ya nak cakap, Ya berbangga jadi adik yang baik. yea. sangat bangga.

pertama, terima kasih eh Angah bawak Ya jalan-jalan banyak kali. Ya dah ada lesen tapi Ya tau Kakngah dan Angah sangat sayangkan nyawa Ya kan. sebab tu Angah sanggup jadi driver. Angah bawak Ya merata-rata dengan begitu cermat sekali. eii baguslah Angah ni. bagusnya!




kedua, Ibu selalu suruh berterima kasih kat Angah sebab Angah selalu ajar Ya waktu SPM dulu. walaubagaimanapun, Ya ke Angah yang jawab exam? hehe bergurau. terima kasih ye Angah. Angah memang pandai, selalu jadi best students. terima kasih la ajar adik yang kurang pandai ni. eh betol lah ikhlas ni!


ketiga, dah. Ya takde idea. Angah sikit sangat berjasa. okay gurau lagi. untuk Kakngah pulak laaa. Kakngah, terima kasih banyak bagi pinjam baju, tudung cantik, skirt dan sebagainya. dan paling penting, terima kasih jadi kakak ipar yang gojes dan baik hati. jaga bibi dalam perot okay. cakap kat bibi tahniah sebab bakal dapat makcik yang gojes jugak. hehe.


yang terakhir, memang saya Shin Chan’s little sister, tapi saya bukan Himawari. sebenarnya saya ialah..









prayers for Aufa Madu kesayangan kami always, ya Shafee.


Monday, December 13, 2010

my name is Syakirah part 2

And i just finished watching Papadom.


lagi cun daripada Liyana Jasmay; lagi hensem daripada Afdlin Shauki

Abah saya lagi hebat daripada Saadom tu. abah saya hensem. dia sangat hensem. sebab tu la saya lawa. hehe. tapi kejelitaan luaran bukanlah menjadi topik utama kali ni. ini pasal Abah.

Abah pernah kena strok. 29 haribulan 9 2010. 1030 pagi, waktu tu Abah tengah bagi lecture kat tengah-tengah orang ramai. Abah cakap tiba-tiba dia rasa penat sangat. Abah terduduk kat kerusi. mic yang Abah pegang jatuh. Abah nak cakap, tapi tak keluar ape-ape dari mulut. kawan-kawan Abah panik tapi Alhamdulillah, abah tak jatuh kat pentas tu sebab abah masih sedar.

masa tu orang tatau lagi Abah kene strok. Abah kena hantar pergi klinik dan klinik tu suruh rujuk HUKM. Abah pun dihantar ke sana oleh kawan dia, Prof Marzuki tak silap. Abah terus masuk kat Wad Kecemasan lepas dah sah kene strok.

kat KMB, pukul 8 pagi, Abah call.

Abah : Ya, balik pukul bape hari ni?

Sya : Pukul 5 boleh bah? kawan Ya pun ade nak tumpang. boleh ke?

Abah : Ha boleh boleh. Abah datang pukul 5 tau. pukul 5 eh.

pukul 12 tengahari, saya tengah kelas Pendidikan Islam Ustaz Jamir. tengah cuak nak buat presentation pasal Jahiliyah kat depan. tiba-tiba kawan panggil cakap Muna Ain Zalikha, dormmate saya kat luar panggil. saya pun keluar dengan riang ria. saya baru nak buat lawak kat Muna sebelum Muna sound saya.

Muna : Sya! Sya! Dengar ni. Ayah awak masuk hospital sebab strok!

sorry. saya tak ingat dah ape jadi pastu. tapi saya ingat classmates surrounded saya suruh bertenang.

pukul 2 petang, saya sampai HUKM, nampak Ibu. Ibu terus peluk saya.

Sya : “Abah mane Abah?”

saya nampak Abah. Abah teros senyum kat saya lebar-lebar walaupun banyak wayar kat badan dia.

Abah : “Eh Ya. hane balik? bile hantar?”

Abah cakap tak betul. muka Abah herot belah kiri. saya nak nangis. tapi Ibu pegang tangan saya bawak saya keluar.

Ibu : “Ya, jangan nangis depan Abah. nanti kalau nangis Abah risau, lagi tinggi pressure dia tu. Abah taktau dia sakit terok. tadi doktor cakap Abah ada pendarahan kat otak kiri bawah. dalam pendarahan tu. doktor cakap kena buat operation.”

saya nangis tak berhenti.

Ibu : “Ya nak tau tak ape Abah cakap mula-mula dia masuk wad? ‘Ya sape amek? Abah kena amek Ya pukul 5 petang ni, dah janji ni.’ dia asyik ulang-ulang tanya pasal Ya.

saya rasa saya meraung kot masa tu sambil Ibu peluk saya kuat-kuat.


Doktor yang rawat Abah, Dr Raymond kata Abah kategori medium stroke. bukan mild or very serious. sebab tu Abah still sedar waktu kena. Alhamdulillah Abah tak lumpuh apa-apa. pendarahan lak jadi kat Cerebellum and Wernicke’s area tu. sebab tu Abah cakap tak jelas pastu ada perkataan dia jadi tak betul macam Mercedes jadi Demedis, duit jadi kuit. kalau berdiri sebelah kanan Abah, Abah tak dengar. Abah tak dapat process maklumat yang diterima dengan betul.

waktu Abalang, Angah, Abanteh, Ya, Ibu dalam wad, Abah tanye,

Abah : “Semua cukup kuit tak?”

semua pelik tak paham ape Abah cakap.

Abah raba seluar dia macam nak amek dompet. Abah tak sedar dia dah pakai seluar pesakit. Abah nak amek dompet macam yang selalu dia buat. hari-hari bawak keluar dompet nak bagi anak duit.

kami semua nangis tak berhenti. Abah baru beberapa jam kena stroke dah sebok ingat nak bagi duit. anak jenis ape kami ni.

“Sorry I’m afraid he cannot work anymore after this.

ada seorang doktor cakap macam tu. tak ingat nama, tapi dia cakap macam tu. doktor cakap brain Abah is badly affected and worse, it involved left brain which is for Mathematics and Logics. Abah punya speech delivery function pun was damaged and so cane Abah nak kerja lecturer lagi.

semua ni Abah tatau time tu. Abah tetap buat-buat nampak macam biasa. Abah dah pindah ke High Dependency Ward (HDW), dah ramai boleh lawat Abah.

Abah : “Eh apa nangis-nangis ni. ade ke Abalang nangis haritu. Abah takde papelah. Abah okay. sehari dua baliklah. bolehlah pegi Jepun dan convo Angah dan Abanteh.”

Abah sepatutnya pegi convocation Angah dan Abanteh hari Sabtu tu (dalam 3 or 2 hari lagi) dan naik flight malam tu ke Jepun dengan Abalang. Abah ingat dia sihat lagi. saya nampak Abalang, Angah dan Abanteh nangis. Abah, Abah rehat dulu.. jangan pikir pasal kami dah. anak jenis ape kami ni.

hari convo Abanteh Hazim dan Angah Azami. datang right after convo. nurse semua terkejut dan jakun tengok robe yang anggun.


satu scene yang saya takkan lupa.

Doktor : “macamana hari ni? okay?”

Abah : “okay. okay. takde masalah.

Doktor : “saya nak tanya soalan sikit boleh kan. soalan Maths.”

Abah : “boleh. tanyelah.”

Doktor : “100 tolak 7 berapa?”

Abah : “ha.. erm. 60.”

Doktor : “bukan. 100 tolak 7.”

Abah : “erm 50. 54.”

Abah tak dapat jawab. doktor dah geleng-geleng kepala. pastu Abah tau jawapan dia salah. Abah pejam mata rapat-rapat. lepas doktor pergi, Abah tidur. tapi Ya nampak airmata Abah bergenang. kami adik-beradik dapat gene Mathematics dari Abah tapi kami tak dapat tolong Abah. anak jenis apa kami ni.

Abah, banyak lagi peristiwa sepanjang seminggu tu yang Ya takkan lupa. Ya takkan lupa macamana tangan Abah tak dapat pegang sudu pun untuk makan. sudu Abah jatuh, Abah tak bagi Ya tolong. Abah degil jugak nak makan sendiri. patutlah Ya degil. tapi dulu waktu kecik, tangan Abah tu yang suap kami. waktu kecik, Abah kumpul anak-anak Abah keliling, isi nasi kat pinggan besar Abah tu banyak-banyak pastu suap sorang-sorang macam anak ayam. Abah rasa dulu nasi tu sebelum suap kami sebab nak pastikan nasi tak panas dan pedas. Ibu cakap sebab tu semua perangai ikut Abah sebab semua makan air liur Abah sejak kecik. hehe. Abah, Ya nak Abah tau yang Abah tak payah kerja kuat-kuat lepas ni. anak-anak Abah semua dah besar. Abah janganlah pikir kami sangat lagi. kami lak yang kena pikir pasal Abah. anak-anak Abah semua rasa bersalah dan ye, kami semua menangis tak berhenti sebab menyesal buat Abah kerja teruk sebab nak bagi kami duit makan. Abah tau kan kami semua sayang Abah. Abah garang macam sekarang pun takpe asalkan Abah sihat. Abah marah je banyak-banyak biar pressure Abah tak naik lagi. Abah, Ya dah besar. anak perempuan Abah ade duweee je kan tapi anak Abah dah besar. Ya dah umur 18 tahun (besar ape kan). tak sangka Abah ingat birthday Ya tahun ni hehe. Abah tak bagi hadiah pun takpe sebab Abahlah hadiah yang paling mahal buat Ya sebab Abah ada seorang je kat bumi ni. one and only edition J

Ayahanda Azami Zaharim yang makin slim dan hensem dan Ibunda Martinelli Hashim yang memang slim, cun dan kuat serta tabah.



ikhlas ni dari anakandamu yang poyo sikit dan menyayangimu abadan abada.








ps/ pasni kalau dah baca diam-diam je tau Ibu, Abah. Ya malulah. aww.



Sunday, December 12, 2010

my name is Syakirah

and I have a niece named Aufa Hani binti Iswandi or Aufa Madu.

dia bibi yang sangat cantik. dilahirkan pada 20 haribulan 4 2009 dengan berat 2.62 kg. ringan kan? biase la baru anak pertama. mula-mula dia lahir muka hitam gile. tapi tetap menawan. memang cantik sangat.


walaupun baru berumur setahun setengah, dia dah pandai buat macam-macam ekspresi muka. tatau dari mana dapat bakat tu.

aufa seorang bibi yang sangat istimewa. dari lahir lagi dia memang suka sangat senyum kat semua orang. kalau nak letak gamba pun banyak sangat. tapi Aufa memang baik. lagi ramai orang lagi dia suka sebab dia rasa dia feymes. kalau ade orang ramai-ramai kan, Aufa menari kat tengah-tengah. kalau jatuh die pandang sume orang pastu gelak sorang-sorang sebagai cubaan cover malu. hehe.

Aufa bukan macam bibi lain. dia bibi yang kuat. Aufa tak banyak mainan lagi. sebab dia anak pertama. so kat rumah, mainan dia adalah barangan dapur macam periuk, trays, jag air, tudung salji dan cawan kaca. saya percaya Aufa seorang superhero sebab dia suka betol angkat barang-barang berat tu.


ni dia baru guna super power sikit je. cuba tengok speed dia.

Aufa memang special. dia kan cantik sebab tu kat Educare, semua budak nak ngorat dia. tapi Aufa sungguh agresif. kalau ade budak dekat dengan dia, dia cakar budak tu. lepas tu kalau ade budak dekat dengan mak, dia tolak budak tu pastu buat muka comel dengan rasa tak bersalah. tapi ramai lagi suka kat dia. satu hari tu Aufa dapat love bite kat mata sebab ade bibi boy geram sangat Aufa asyik reject dia. haha. Takpe, Aufa tetap menjaga maruah dan harga dirinya.

paling best kan part bila Aufa marah. nanti dia kembangkan pipi sambil ketap bibir. sorry takde gambar. lepas tu kalau Aufa merajuk, dia akan pandang semua orang dengan psychonye, perlahan-lahan menghalakan kepalanya kearah lantai. dan hantuk-hantuk ulang-ulang kali kat lantai tu. waktu lagi kecik Aufa hantuk kuat-kuat, sekarang dah perlahan dah sebab dia tau sakit.


sekarang Aufa kat hospital. lung infections.




Aufa, Cik Ya tatau nak tulis ape dah. Aufa kuat ye sayang.. lepas ni lepas Aufa sihat, kite main same same lagi. jangan sakit lagi okay.






Ya, Allah, anugerahkanlah kami, wahai Tuhan kami penawar daripada penawarMU, dan kesembuhan daripada kesembuhanMu, keberkatan daripada keberkatanMu, rahmat daripada rahmatMu, terhadap penderitaan penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit, mereka yang lemah. Sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMu, ya Allah, wahai yang paling menagsihani daripada segala yang mengasihani.

- Ibunda Martinelli Hashim.

Saturday, November 13, 2010

Kanak-kanak dan Teknologi

"Opa jumpe ni kat dapur. tolong pakaikan."


"eh ade bunyik laa ehehehee. po po po po ..."


.. po po poker face. po po po po poyo sungguh ni.'"


"jap. camera. pose dulu sebelum diriku terbawa-bawa."


"eh. music mane. takde dah."


"cepat la music main. aku dah menari halfway ni. grrrr."


"dah la. taknak dengar dah. headphone ni lopek. pegi beli yang more advanced."




tau pulak dia tu headphone.



words of emotion

current situation in KMB;

pandang kiri kanan, kiri best student Kelantan. kanan lak best student Melaka. semua best students. so sape tak best ni? reflection mirror besar di toilet menjawab segalanya. menyesal pandang depan.

kehidupan di KMB tak semudah disangka. memang la tak pernah sangka apa apa tapi hm ntah la. semakin hari semakin banyak monolog dalaman yang terbit di lubuk sanubari ini. antara monolog dalaman yang feymes adalah


- kalau dulu, semua orang ade. cikgu ade. kawan ade. fasi ade. Cikgu Aini pun ade. cikgu kemain lagi. kelas tambahan sane sini. cikgu meleter, kita meleleh. tapi takpe. cikgu sabar je.

- kalau dulu, member stok selenger kambing dan unta. belajar memang pressure. tapi semua buat buat relax sebab tau semua sama sama tak berapa nak pandai.

- kalau dulu, result teruk tak ada la malu sangat. pandang kiri kanan atas bawah sambil berbisik dalam hati "GAGAL SAMA-SAMA, BERJAYA SORANG-SORANG. aku taknak keseorangan."

- kalau dulu, balik dorm okay lagi. mampu bernafas bergurau senda dengan rakan-rakan seperjuangan. homework ada, tapi rehat itu penting.

- kalau dulu, tak paham konsep ni takpe lagi. fasi kan banyak. nanti boleh tanya time study group. ciri ciri pelajar cemerlang tuuuu join study group.

- kalau dulu, homework tak siap tak ape. ramai lagi tak siap. bukan taknak buat. tak paham. rase nye satu batch tak paham ni.

- kalau dulu, seronokkknyeeeeeeeeeeeeee adeee batch comel macam ni!! baju batch pun gempakkk dohhhhhhhhhhh.

ahh ahhh rindu sangatttt :')



guys, IB is never easy. we heard this so many times yet so hard to be accepted. the fact that we were crazy kids in school before makes it hard for us now to be more serious and matured as college kids. and now semester exam is just around the corner. we know it will not be any easy. i don't know about you guys but test results are just deteriorating enough that i almost feel like quitting. inferiority grows day by day; looking how others' result are way better and sometimes, "weh impossible result kau gempak camtuh. manusia ke hapa ni." having so many Lydia Amiras here in KMB tak melenyapkan rasa rindu di hati instead inferiority mountains high. hmph.

but, we may be one. but we have 171 hearts in us.

idfc if we're in different classes, different friends and yeah, different batch, not Excell9 anymore. but one thing to be certain, we have to have the spirit once we had. remember all the obstacles and circumstances we face? results pay off all :) so why stop now. Integomb teachers are waiting to hear good news from us. our juniors are right there in school busting their heads off to get the same results of ours. not to neglect, our parents, sisters and brothers knowing we are this close, this close from overseas. so. we have to do this. there is no turning back. i wish to hear someday, somewhere, people will say

"result dia memang power do. dulu dia Integomb."





Friday, November 5, 2010

konflik dalaman

Sayang, takkanlah sayang nak suruh ayang curang pulak. Ayang sayang sangat kat sayang ni. Daripada dulu lagi sayang care sangat sangat pasal sayang. Setiap masa ayang selalu dengan sayang. Setiap malam kan ayang ade? Sayang pun baik sangat. Selalu buat ayang gembira sepanjang masa! Kadang-kadang sayang peningkan kepala hotak ayang jugak lah, tapi takpe. Cinta ayang melebihi segalanya. Ayang takkan berputus asa demi sayang! Takkan! Semua penyelesaian dah pun ayang buat. So sayang nak ayang buat ape lagi??


Ei tacing la cani kalo sayang suruh ayang carik lain!





HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA dah la dengan dia!! Ei ayang memang tak minat la dengan Chemistry sejak dulu lagi!

"Ayang, ayang kena dengar cakap sayang. Takkanlah sampai bile-bile ayang nak bebal Chemistry. Tolonglah. Terima la dia seadanya. Habeh kau ingat ade mane-mane university nak terima kau ke kalau Chemistry kantoi?"
- Mathematics Standard Level, Additional Mathematics and Modern Mathematics.

Saturday, October 30, 2010

it is funny

Kolej Mara Banting isn't as lopek as most people would think. It works the best in torturing minds and souls.

Tersekatnye saye di sini selama dua tahun akan menjadikan hidup lebih bermakna dengan tangisan dan jeritan pelajar-pelajar lain dalam mengharungi International Baccalaurate (IB). Dua tahun bukanlah tempoh yang sekejap, bahkan kita mampu menggunakan tempoh itu untuk mengharungi SPM bersama Excell9. Tah la. Tatau nak buat huraian ape dah.


Contoh penderaan mental yang pertama.

Test sentiase ade tiap-tiap minggu. Kalau boleh memang nak tiap-tiap hari. Quizzes pulak tiap-tiap subjek dalam setiap kelas. Yes, kami memang efficient.
Last week was the worst. Well, at least, for me. We had THREE tests; Chemistry, Malay and Maths, International Fair, vid-making, endless homeworks, pop quizzes (banyak sangat sampai tak hengat). Friday lepas yang terbaik. Maths was in the afternoon, right after Solat Jumaat. Malam sebelum tu siapkan homework Maths and Chemistry, so started revising at 12.30 a.m. Pastu tido pukul 1.30 a.m. hehe. Maka memang cam siput revise Maths time kelas. Dengan terbaiknya homework Maths tu tak masuk pun test petang tu. Takpe. Terima qada' and qadar tu. Time Chemistry pun kedua terbaik, belajar benda baru yang memutarbelitkan otak yang dah tersembelit. Kemudian tibalah the most awaited subject, Biology!

Ade pop-quiz. Cis.

To make it short, Math test wasn't going well. I took a deep breath. Relieved that I survived the week. But well, this is not the idea of my post. The idea is that;

"Di setiap kesusahan ada kemudahan"
1-8, Al Insyirah.

In the car way back home, Kak Ngah was saying "Eh sejukkan minggu ni." Then I see something I barely realized for the whole week. It was raining nights and mornings. You see, saye memang suke sangat bau rumput segar pagi pagi. Bukan sebab saye kambing, tapi bau die memang best. Now I know Allah gives me nikmat yang saye terkelip dua-dua belah mata tak nampak sebab sebok sangat stress. Perhaps it's a way Allah melapangkan dada hambaNya yang dalam kesusahan. Alhamdulillah :)


Betul tak, anakku?



yes. dah dapat post idea yang dipikirkan selama sebulan. wuho.




Friday, October 15, 2010

jangan bercinta waktu study. hehe.

hold on tight to this quote;




"To love is to let go. If you love someone, let them go. If they come back, they are yours forever. If they don't, they never were.

Monday, August 9, 2010

testing wahid, isnain, salasa..


Saye dan anak saye. Sekian..