Monday, December 13, 2010

my name is Syakirah part 2

And i just finished watching Papadom.


lagi cun daripada Liyana Jasmay; lagi hensem daripada Afdlin Shauki

Abah saya lagi hebat daripada Saadom tu. abah saya hensem. dia sangat hensem. sebab tu la saya lawa. hehe. tapi kejelitaan luaran bukanlah menjadi topik utama kali ni. ini pasal Abah.

Abah pernah kena strok. 29 haribulan 9 2010. 1030 pagi, waktu tu Abah tengah bagi lecture kat tengah-tengah orang ramai. Abah cakap tiba-tiba dia rasa penat sangat. Abah terduduk kat kerusi. mic yang Abah pegang jatuh. Abah nak cakap, tapi tak keluar ape-ape dari mulut. kawan-kawan Abah panik tapi Alhamdulillah, abah tak jatuh kat pentas tu sebab abah masih sedar.

masa tu orang tatau lagi Abah kene strok. Abah kena hantar pergi klinik dan klinik tu suruh rujuk HUKM. Abah pun dihantar ke sana oleh kawan dia, Prof Marzuki tak silap. Abah terus masuk kat Wad Kecemasan lepas dah sah kene strok.

kat KMB, pukul 8 pagi, Abah call.

Abah : Ya, balik pukul bape hari ni?

Sya : Pukul 5 boleh bah? kawan Ya pun ade nak tumpang. boleh ke?

Abah : Ha boleh boleh. Abah datang pukul 5 tau. pukul 5 eh.

pukul 12 tengahari, saya tengah kelas Pendidikan Islam Ustaz Jamir. tengah cuak nak buat presentation pasal Jahiliyah kat depan. tiba-tiba kawan panggil cakap Muna Ain Zalikha, dormmate saya kat luar panggil. saya pun keluar dengan riang ria. saya baru nak buat lawak kat Muna sebelum Muna sound saya.

Muna : Sya! Sya! Dengar ni. Ayah awak masuk hospital sebab strok!

sorry. saya tak ingat dah ape jadi pastu. tapi saya ingat classmates surrounded saya suruh bertenang.

pukul 2 petang, saya sampai HUKM, nampak Ibu. Ibu terus peluk saya.

Sya : “Abah mane Abah?”

saya nampak Abah. Abah teros senyum kat saya lebar-lebar walaupun banyak wayar kat badan dia.

Abah : “Eh Ya. hane balik? bile hantar?”

Abah cakap tak betul. muka Abah herot belah kiri. saya nak nangis. tapi Ibu pegang tangan saya bawak saya keluar.

Ibu : “Ya, jangan nangis depan Abah. nanti kalau nangis Abah risau, lagi tinggi pressure dia tu. Abah taktau dia sakit terok. tadi doktor cakap Abah ada pendarahan kat otak kiri bawah. dalam pendarahan tu. doktor cakap kena buat operation.”

saya nangis tak berhenti.

Ibu : “Ya nak tau tak ape Abah cakap mula-mula dia masuk wad? ‘Ya sape amek? Abah kena amek Ya pukul 5 petang ni, dah janji ni.’ dia asyik ulang-ulang tanya pasal Ya.

saya rasa saya meraung kot masa tu sambil Ibu peluk saya kuat-kuat.


Doktor yang rawat Abah, Dr Raymond kata Abah kategori medium stroke. bukan mild or very serious. sebab tu Abah still sedar waktu kena. Alhamdulillah Abah tak lumpuh apa-apa. pendarahan lak jadi kat Cerebellum and Wernicke’s area tu. sebab tu Abah cakap tak jelas pastu ada perkataan dia jadi tak betul macam Mercedes jadi Demedis, duit jadi kuit. kalau berdiri sebelah kanan Abah, Abah tak dengar. Abah tak dapat process maklumat yang diterima dengan betul.

waktu Abalang, Angah, Abanteh, Ya, Ibu dalam wad, Abah tanye,

Abah : “Semua cukup kuit tak?”

semua pelik tak paham ape Abah cakap.

Abah raba seluar dia macam nak amek dompet. Abah tak sedar dia dah pakai seluar pesakit. Abah nak amek dompet macam yang selalu dia buat. hari-hari bawak keluar dompet nak bagi anak duit.

kami semua nangis tak berhenti. Abah baru beberapa jam kena stroke dah sebok ingat nak bagi duit. anak jenis ape kami ni.

“Sorry I’m afraid he cannot work anymore after this.

ada seorang doktor cakap macam tu. tak ingat nama, tapi dia cakap macam tu. doktor cakap brain Abah is badly affected and worse, it involved left brain which is for Mathematics and Logics. Abah punya speech delivery function pun was damaged and so cane Abah nak kerja lecturer lagi.

semua ni Abah tatau time tu. Abah tetap buat-buat nampak macam biasa. Abah dah pindah ke High Dependency Ward (HDW), dah ramai boleh lawat Abah.

Abah : “Eh apa nangis-nangis ni. ade ke Abalang nangis haritu. Abah takde papelah. Abah okay. sehari dua baliklah. bolehlah pegi Jepun dan convo Angah dan Abanteh.”

Abah sepatutnya pegi convocation Angah dan Abanteh hari Sabtu tu (dalam 3 or 2 hari lagi) dan naik flight malam tu ke Jepun dengan Abalang. Abah ingat dia sihat lagi. saya nampak Abalang, Angah dan Abanteh nangis. Abah, Abah rehat dulu.. jangan pikir pasal kami dah. anak jenis ape kami ni.

hari convo Abanteh Hazim dan Angah Azami. datang right after convo. nurse semua terkejut dan jakun tengok robe yang anggun.


satu scene yang saya takkan lupa.

Doktor : “macamana hari ni? okay?”

Abah : “okay. okay. takde masalah.

Doktor : “saya nak tanya soalan sikit boleh kan. soalan Maths.”

Abah : “boleh. tanyelah.”

Doktor : “100 tolak 7 berapa?”

Abah : “ha.. erm. 60.”

Doktor : “bukan. 100 tolak 7.”

Abah : “erm 50. 54.”

Abah tak dapat jawab. doktor dah geleng-geleng kepala. pastu Abah tau jawapan dia salah. Abah pejam mata rapat-rapat. lepas doktor pergi, Abah tidur. tapi Ya nampak airmata Abah bergenang. kami adik-beradik dapat gene Mathematics dari Abah tapi kami tak dapat tolong Abah. anak jenis apa kami ni.

Abah, banyak lagi peristiwa sepanjang seminggu tu yang Ya takkan lupa. Ya takkan lupa macamana tangan Abah tak dapat pegang sudu pun untuk makan. sudu Abah jatuh, Abah tak bagi Ya tolong. Abah degil jugak nak makan sendiri. patutlah Ya degil. tapi dulu waktu kecik, tangan Abah tu yang suap kami. waktu kecik, Abah kumpul anak-anak Abah keliling, isi nasi kat pinggan besar Abah tu banyak-banyak pastu suap sorang-sorang macam anak ayam. Abah rasa dulu nasi tu sebelum suap kami sebab nak pastikan nasi tak panas dan pedas. Ibu cakap sebab tu semua perangai ikut Abah sebab semua makan air liur Abah sejak kecik. hehe. Abah, Ya nak Abah tau yang Abah tak payah kerja kuat-kuat lepas ni. anak-anak Abah semua dah besar. Abah janganlah pikir kami sangat lagi. kami lak yang kena pikir pasal Abah. anak-anak Abah semua rasa bersalah dan ye, kami semua menangis tak berhenti sebab menyesal buat Abah kerja teruk sebab nak bagi kami duit makan. Abah tau kan kami semua sayang Abah. Abah garang macam sekarang pun takpe asalkan Abah sihat. Abah marah je banyak-banyak biar pressure Abah tak naik lagi. Abah, Ya dah besar. anak perempuan Abah ade duweee je kan tapi anak Abah dah besar. Ya dah umur 18 tahun (besar ape kan). tak sangka Abah ingat birthday Ya tahun ni hehe. Abah tak bagi hadiah pun takpe sebab Abahlah hadiah yang paling mahal buat Ya sebab Abah ada seorang je kat bumi ni. one and only edition J

Ayahanda Azami Zaharim yang makin slim dan hensem dan Ibunda Martinelli Hashim yang memang slim, cun dan kuat serta tabah.



ikhlas ni dari anakandamu yang poyo sikit dan menyayangimu abadan abada.








ps/ pasni kalau dah baca diam-diam je tau Ibu, Abah. Ya malulah. aww.



8 comments:

  1. Semoga Allah memeberi kekuatan to your family. Your family is very strong. :) So do you

    ReplyDelete
  2. sya.. (T_T)..sedih...

    kadang kita akan tersentak
    apabila Allah menarik balik nikmat yg dia berikan..
    apabila Dia memberi nikmat itu semula..
    bersyukurlah kita padaNya..

    ReplyDelete
  3. thanks. family xdelah kuat mana. insyaAllah doakan la ye.

    ReplyDelete
  4. sya, I'm crying, I admire how you can endure this, and I'm praying everything's going to be fine, InsyaALLAH (':

    ReplyDelete
  5. sedihnyeeeeeeeeeeeeeee.i'm crying too !! rindu nak nagis sama2 diann syaa !! *ok takde kene mengena.memang ur family is very strong la.especially ur mum.send my regards to her =)

    ReplyDelete
  6. sya, kau x tau betapa aku kagum gile nengok family kau tabah.. and you, especeli.. what can i say more.. :'

    ReplyDelete
  7. oh thank u everyone. kekuatan tu dtg dr Allah, kami lemah gile kot. thanks for your prayers. esp ain y jauh di perantauan. makbul tuu doa iA :D

    ReplyDelete