Sunday, December 26, 2010

bidadari kecik

hi. erm hi. sorry has not been updated these days. things happened. and yeah, they happened. first and foremost, al Fatihah untuk Allahyarham Aufa Hani binti Iswandi Harahap yang baru meninggal 21 Disember yang lalu. cepat semua tadah tangan.okay. honestly, saye taktau nak tulis ape senanye. hehe. *stopped for 15 minutes* here goes.. *tarik nafas..

19 Disember 2010

1030 am

sampai Hospital Selayang. naik lif sampai tingkat 5. belok kanan kanan kanan lagi sampai ICU. tapi tak boleh masuk. duduk bilik keluarga dulu. tapi penuh, pegi Surau.

solat Dhuha dulu. taktau pasal pe tapi rasa paling sedih haritu. Aufa dah 10 hari kat ICU. lame sangat tu. improvement dia sangat minimum. hari hari tengok Aufa macam tu jugak. dah terpeleot kat sejadah rase macam tak kuat dah. 'Cik Ya tak kesah jage Aufa hari hari tapi Aufa cepat sembuh eh.' rasa macam nak rebah pastu baca Quran jap. tiba tiba dapat ayat ni


".... Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita....."
9:40

Allahuakbar. sesungguhnye Allah tu Maha Mengetahui, dan Dia paling dekat dengan kita. urat leher pun kalah. 50:16.

you know, ade satu evil machine ni. breathing support machine, i think. since paru paru Aufa dah penuh kuman, paru paru dia tak boleh buat gases exchange macam biasa. so that machine created this like a bubble area, idk, tak jadi doktor lagi, untuk substitutes lung function. machine ni sangat evil sebab dia buat dada Aufa turun naik laju laju sebab pressure dia kuat sangat. saye tau Aufa sakit.

about 100 pm

Sya : Aufa, Cik Ya datang ni. Umi pun ade.

Aufa still tutup mata. Abanteh masuk.

Abanteh : Aufa, one two, jump!

Aufa bukak mata. besar dia bukak. one two jump ni ajaran yang diterapkan kat Aufa. kat rumah, Abalang dan Abanteh pegang tangan Aufa sebot one two jump, pastu Aufa akan lompat. pandai budak ni.

Sya : Aufa Aufa.. Cik Ya ni. Aufa :D

Aufa bukak mata dia besar tengok semua orang. Abanteh pun excited. mata dia dah la lawa kan. Aufa macam nak cakap. tapi sebab ade wire from that evil machine tu, dia tak dapat cakap. Aufa bukakkk je mata. dalam hati macam nak lompat tinggi tinggi. tapi kena cover.

Aufa sebenarnya tak digalakkan sedar sebab nanti dia bergerak pastu oxygen level dia turun. sebab tu Doc bagi ubat tidur so that she could rest and recover fast. tapi kami tetap gak excited gila tengok dia bukak mata. sebab rindu. rindu sangat.

20 Disember

200 pm

Sya : Aufa. Aufa cepat sembuh ye.

Aufa genggam tangan. kuat.

Sya : Aufa, Cik Ya nak kena keluar ni. japgi Cik Ya masuk balik eh.

Aufa genggam tangan lagi kuat.

Sya : okay okay, Cik Ya duk sini teman Aufa.

Makcik Guard : (tunjuk jam dari jauh. 200 pm dah habis waktu melawat la dik, katanya dalam hati)

Sya : Aufa Aufa, Aufa rehat eh. Cik Ya tak pergi mane mane pun. kat luar je.

Aufa bukak mata. dia kerutkan dahi tanda nak start nangis.

Sya : Aufa jangan macamni.. Aufa, Cik Ya ada. okay, Cik Ya tak pegi.

peduli hape kan dengan Makcik Guard tu.


21 Disember

430 am

asal mata terbukak luas ni. tak set jam pun. nak suruh Qiam ni...

100 pm

Sya : Aufa Aufa. Cik Ya ni. Aufa taknak bukak mata ke?

Umi Aufa : Yaaaaasiiin..

......

Umi Aufa : Ya, Ya, Aufa bukak mata tu.

Umi Aufa tak boleh pegang Aufa sebab dia pregnant. Doc cakap nanti Umi Aufa lak terjangkit. sebab Aufa kan dah banyak kuman. dugaan tu untuk Umi Aufa tak dapat pegang anak sendiri. tapi Umi Aufa la paling banyak bacakan doa dan surah untuk Aufa.

Sya : Aufa, Aufa, Aufa sedar ye?

Aufa bukak mata. tapi harini kecik sangat. tak sampai half pun dia bukak. dia nampak penat.

Sya : Aufa penat ye?

mata hitam Aufa dah tak nampak. nampak putih je.

Sya : Aufa, Aufa, ni Umi ni ade.

Aufa tengok Umi dia. lepas tu muka Aufa macam nak nangis. mulut dia dah bergerak nak menangis. tapi Aufa tak larat..

Sya : Aufa, Aufa, kenapa ni sayang? Aufa jangan nangis. tengok semua orang ade.

Aufa tengok saye. tengok Umi dia. lepas tu mata Aufa nampak putih je.

Sya : Aufa......

Aufa dah tak genggam tangan hari tu.


830 pm

Imam : Okay. kita akan tunaikan solat hajat dua rakaat untuk cucu sahabat kita, Azami bin Zaharim yang bernama Aufa Hani yang masih lagi terlantar di ICU.

jemaah semua dah bangun. tiba tiba Abi dan Umi Aufa tergesa gesa keluar rumah. rupanya Doc call suruh datang hospital sekarang sebab ada emergency.

Abah : ni, kami baru dimaklumkan Aufa sekarang berada dalam keadaan tenat. jadi boleh lah kita mulakan solat hajat segera.

saye dah menangis dah. nenek pegang tangan saya kuat kuat.

Nenek : Ya, dengar ni. kalaupun apa apa jadi, ingat pesan Nenek, jangan nangis. Aufa tu budak baik. ingat tu.

Aufa disahkan meninggal dunia tepat jam 9.25 malam. rupanya jantung Aufa dah berhenti 45 minit sebelum tu. dan Doc mintak Abi Aufa lepaskan Aufa perlahan-lahan dengan mencabut evil machine tu. Abi Aufa merelakan. Allah SWT sahaja yang tau apa perasaan kami malam tu. Umi Aufa cuma mampu cakap

"Anak Umi....."

jenazah Aufa dimandikan dan dikafankan malam tu jugak kat masjid UIA. apa yang kami ingat, muka Aufa cantik sangat. putih. macam tengah tidur. malam tu jugak Umi Aufa bleeding, terus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, takde apa apa. Doc cakap mungkin stress. jenazah Aufa dibawa ke rumah dan diletakkan di tengah tengah ruang tamu.

sape je mampu tahan tengok Nenek yang pura pura kuat boleh menangis sampai terduduk bila tengok jenazah cicitnya. Nenek pegang muka Aufa taknak lepas. Nenek peluk kuat kuat. kat situ jugak Nenek terduduk dan tidur kat sebelah jenazah Aufa.

"Aufa cicit nenek..."

dalam hati, saye cuma mampu cakap

"Ya Allah Aufa..."

pagi tu jenazah Aufa disempurnakan dan dikebumikan kat belakang UIA kat Sungai Pusu tu. Abi Aufa yang pangku jenazah dari rumah sampailah ke kubur.

Sya : Abanglong, Ya nak tengok muka Aufa boleh?

saye nampak mata Abi Aufa merah. sambil menahan sebak.

Abi Aufa : Aufa tengah senyum. tengah senyum.

memang Aufa tersenyum. putih bersih muka Aufa. sape yang tengok muka Aufa mesti rasa tenang. lupa nak cakap, sepanjang Aufa kat ICU pun kan, Aufa memang wangi. sangat wangi berbanding pesakit pesakit lain. jenazah dia lagi wangi. wangi sangat. itulah bidadari kecil kami.


Umi Aufa bagitau saye yang memang Aufa tu dah nampak ciri ciri anak syurga sejak dia lahir lagi.

  • Aufa suka tengok Astro Oasis start dari pukul 6.30 petang tu. ada nasyid, zikrullah, asmaul husna. Aufa takkan bergerak dari depan TV tu. kalo lagu dangdut, dia tak suka. dia akan blah macam tu je.
  • Aufa suka dengar Azan. kalo Azan je dia teros senyap. nanti dah habis azan dia suruh Abi dia pegi surau sambil angkat tangan macam nak takbiratul ihram. kalo kita tanya "Allahuakbar macamane Aufa?" nanti dia angkat la tangan dia.
  • Aufa suka makan kismis. kalo hulur je kismis kat mulut dia, dia ngap. kalo boleh sampai termuntah dia makan. tapi dia suka. suka sangat.
  • Aufa tak suka sangat mainan, dia suka baca buku. kalo jumpa buku, buku Physics sekalipun, dia ambil bawak kat kita suruh bacakan. sebab dia ikut wahyu pertama Allah SWT kat Muhammad SAW.

Aufa lah bidadari kecil kami. Aufa dah takde, tapi kami tau dia ada kat tempat paling baik kat seluruh alam ni. Abi Aufa cakap Aufa tengah main dengan Nabi Ibrahim. mesti dia tengah happy kan. kami rasa lega sebab Aufa tak sakit sakit lagi macam dulu. dah takde evil machine dah. sebelum ni kan Aufa takde mainan, kat atas tu mesti banyak mainan dengan buku. mesti dia seronok gile tu. mesti Aufa dah banyak senyum dan gelak macam dulu waktu tak sakit. dah banyak kawan. kismis pun mesti banyak kat sane! hehe.

Aufa sayang, Aufa bertuah ada Umi dan Abi kuat macam tu. diorang sabar betul. Umi dan Abi pun bertuah ada anak syurga macam Aufa. Cik Ya pun bangga ada keluarga syurga insyaAllah. Cik Ya tak marah pun Aufa tinggalkan Cik Ya. Cik Ya cuma nak berterima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Cik Ya. Aufa dah banyak gembirakan Cik Ya sampai terlompat lompat. walaupun Cik Ya jarang balik, Cik Ya selalu rindukan Aufa. Cik Ya simpan bantal Aufa tu ye? Cik Ya sayang Aufa. fillah.






















Sya : Abah.. Aufa dah sampai syurga.

Abah : Abah tau. Ya, jangan menangis. Allah tu Maha Besar. hebat betol perancangan Dia. dulu Abah sakit, Allah tak ambil nyawa Abah ni ha. Allah ambil Aufa sebagai ganti. tapi Allah tu sebaik baik perancang. Dia ambil Aufa, tapi yang tu dah confirm masuk syurga. kalo Dia ambil Abah, Abah tak confirm masuk syurga. dah la tu, Allah bagi lagi dua kat dunia. Along pregnant lagi, Kak Ngah pun pregnant. Allah ambil satu je. tapi Allah bagi lagi dua. sape lagi nak bagi kita macam tu dalam dunia ni Ya?

13 comments:

  1. cool k
    aku x tau ape yg jd b4 dis
    takziah bro
    evrythg hppn 4 a reason
    byk2 kn sbr k

    ReplyDelete
  2. Erm.idk what to say da. I tau mmg susah untuk u terima. Tp i harap u dpt kuatkan semagt n sentiasa bersabar. I faham kesedihan u. Takziah untuk pemergiaan aufa.

    ReplyDelete
  3. najla aufa said: i'm happy to have the same name with her. kuat ye sya.

    ReplyDelete
  4. sya,sdeyh nyer bce..be strong taw :)

    ReplyDelete
  5. sya, dis is a very well written, i cried... wut ur father said is true..dunia ni sumenye sementara, sume ni Allah bg pinjam je..*yaAllah insafnye.

    ReplyDelete
  6. salam sya..once again here takziah...
    even xsempat knal pown aufa...ak ngs gile2 kowt bce post ko... u're the best cik ya ever in aufa's heart =)

    ReplyDelete
  7. thanks anonomos (?), sye, k najla, k syiqa.
    u punye post pun sedey gakk hanis jeyyy
    aww atiq. kalo atiq y tulis mesti lg syahdu.

    ReplyDelete
  8. tabahnye laa ur abang long..
    ok aku dah x larat dah be in everyone's feet, be a mirror reflecting what ur might feel, be.. just a friend that listens the sorrow...coz its too much. seriously, sedih atas pemergiannya jua.. sobs~

    ReplyDelete
  9. lampinya, aku baru tau. hehe. takziah

    ReplyDelete
  10. takziah kepada keluarga aufa n sya..
    pndai org yg susun cerite nie..mmbuat kan pembace merase kesedihan jugak

    ReplyDelete
  11. semoga Allah menggantinya dengan yang lebih baik, sy yakin aufa sangat bijak orangnya.. tapi yakinlah, Allah maha tahu apa yang Ia takdirkan.. salam pada iswandi ya, ckp kat die mesti tabah.. sy tau die sgt sedih, terlihat dr prubahan keceriaannya di kuliyah.. ape2 pn tlg kuatkan hati sesame.. !

    ReplyDelete
  12. kak sya, sedihnya post ni.
    be strong!

    ReplyDelete
  13. 2:155.

    i know u enough to know you're strong enough. iA.

    Wassalam :)

    ReplyDelete