Tuesday, June 7, 2011

saya telah curang

masa kecik kecik dulu saya sepanjang masa melekat dengan Ibu macam koala bear. kalau waktu sejuk, saya cepat cepat pegi nyorok bawah tudung Ibu. kalau sejuk sangat nyorok dalam baju terus pastu kuar kan kepala macam anak kangaroo. tapi Ibu bukan ibu mana mana haiwan ye..

kalau dengan Abah, tak rapat sangat.

hehe. tipu saje. Abah dulu masa saya kecik, Abah study. so Abah macam nerd (so not) so sebagai anak yang bertoleransi, saya pun tak kacau Abah sangat. okay fine, maybe kacau sikit. tapi Angah, Abanteh, Abalang lagi nakal okay. but i always fall in love everytime Abah says this

"anak perempuan Abah ada duweeeee jeee."

but since Along dah kawen, Abah dah tukar

"anak pompuan Abah ada satuuuuuu je. dah lah comel, cute, adorebel, baby-face."

ayat belakang paling real kan :D

well those are childhood memories. banyak bende dah berubah sekarang kan and some are unavoidable. ni bukan pasal masalah kulit je eh. its like as a child or teenager, we tend to become curious about simply everything. dengan kawan kawan kita rasa cool lepak sama sama. dengan handphone rasa cool main Twitter. dengan buku.. er.. rasa tension?

but anyways, those are things in life we tend to focus more on. that we again tend to neglect simple things that matter more. i have so many examples but these are my stories

kalau call Abah cakap nak balik, beberapa kelip mata je Abah dah sampai KMB. Banting dengan Gombak bukan dekat okay. tapi kalau Abah yang call, hamboii, time tu la sibuk meeting, kelas Chemy, tazkirah khamis dan sebagainya. "Abah, call balik boleh?"

Abah kadang kadang datang dekat kat sofa "Abah nak duduk sebelah Ya boleh?" "oh, duduklah Bah.", sambil memegang handphone di tangan cek kalo ada TT baru pasal Adinda Evans. pastu tanpa rasa malu bertanya "Abah, Ya nak Samsung Galaxy Tab boleh?"

Abah suka tanya "Ya duit cukup tak? balik nanti macamana? hari apa? barang semua dah ada ke?" saya suka tanya "Abah amek bila? dah masuk duit belum? ada beli Subway tak?" nampak tak sape yang selfish dan selfless?

rasa nak cerita lagi tapi macam membuka bekung di perut nanti..

but you get my point kan. ignorance is never a bliss when it comes to family. have ever felt that you only become yourself when you're with your family? when everyone in college or school turns you down, your family got your back? well, i experienced that first hand. but one thing for sure, we never know what they really feel about us. saya selalu nak sangat tau doa Ibu tiap tiap malam, perasaan Ibu bila tengok anak anak dia sume ada kat rumah, ape Ibu fikir bila tengok anak anak dia makan. we never know, don't we? this is when i come to reminisce what Ibu said

"kat fikiran anak anak dah takde Ibu Abah dah. kat fikiran Ibu Abah, anak anak jelah yang tinggal."

sorry Ibu, Abah. Ya dah banyak kali curang sebab tak pikir pasal Ibu Abah. maafkan Ya ye. lepas ni Ya pikir banyak lagi insyaAllah. nanti Ya dah besar tinggal dengan Ya nak? :)

3 comments:

  1. olololo baik nye anak ibu :D tapi agak lah an ? terasa nak nages je bace part last last tapi rase nak penampor kau je part 'dah lah comel, cute, adorebel, baby-face.' haha

    ReplyDelete
  2. wow... syaa, i tak pnh boring bace ur blog, even my fren stalk your blog tau.haha, u shud be proud. :)

    ReplyDelete
  3. haha. diam bawang. aku memang macamtu okay.
    oh, ur friend? dia kutuk i xxxx?

    ReplyDelete