Wednesday, October 23, 2013

"Sabar, Sya."

bismillahirrahmaanirraheem,

"pengorbanan bukannya memberikan apa yang kita ada, tapi memberikan lebih apa yang kita ada."

maksudnya, kalau ada RM10, kita bukan bagi RM1 mahupun RM10, tapi RM10 ke atas. kita bagi lebih daripada apa yang kita mampu dengan cara 'push' diri sendiri untuk cari duit lebih dengan simpan duit, kerja etc. jadinya, kita mengorbankan bukan setakat duit, tapi diri sendiri, untuk orang lain.

of cos lah, bukan senang. bukan senang nak luangkan 5 jam seminggu utk usrah. 5 jam boleh habis 3 lecture notes Dr Wilkins kottt. bukan senang jugak nak berjaga sampai pukul 11 malam kalau dah terbiasa tidur pukul 9 malam. ingat senang-senang histamine nak ubah sleep cycle? bukan senang nak paksa diri makan nasi setiap kali usrah atau tamrin kalau dah memang tak makan nasi sejak kecik. eh.

perdagangan yang paling menguntungkan menuntut manusia menginfakkan harta dan jiwa dalam jalan Islam 61:11 

jadi, perdagangan itu merujuk kepada pengorbanan diri sendiri - tenaga, masa, perasaan (apa-apa yang berharga) dan jugak jiwa dan raga keseluruhannya.

jadinya, mengorbankan diri daripada melakukan apa yang kita suka - tengok movie, makan, sembang, tidur, untuk melakukan apa yang kita perlu buat - belajar, usrah, belajar lagi, usrah lagi bukannya semudah yang orang yang tak buat sangka. 

alhamdulillahirabbeel'alameen, alhamdulillahirabbeel'alameen, alhamdulillahirabbeel'alameen.








"Sabar, Sya." is definitely the best wish for the eid adha :)
salam eid! salam pengorbanan! wassalamualaikum!



No comments:

Post a Comment