Thursday, July 19, 2012

what to bring and do during Umrah

Assalamualaykum,

         Ini post istimewa gituw sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Chewah. Semestinya ada beberapa daripada kawan-kawan tercinta gituw telah dijemput, sedang dijemput atau bakal dijemput untuk menjadi tetamu Baitullah fi Haramain. Saya, antara yang, alhamdulillah, telah dijemput berbeso hati untuk berkongsi beberapa tips agar kita dapat menjalani ibadah yang begitu bermakna ini dengan kemudahan insyaAllah.

1.   Baby Q 


Opkos this is first in the list. Al Quranul Kareem is essentially important to be carried with you wherever you go. A handy one is highly recommended.

You know, I have this one sweet memory in Masjidil Haram. Sambil menunggu waktu solat, saya baca Quran sorang-sorang. Tiba-tiba orang Arab sebelah datang betul-betul dekat sebelah saya. Rupanya dia tengah menunduk dengar sambil teresak-esak. Saya pun berhenti bacaan, tapi dia bagi isyarat tangan supaya sambung semula. Bukan sekali ni jadi, bahkan beberapa kali wah. Rupa-rupanya Ibu bagitau yang banyak orang Arab (Badwi terutamanya) buta huruf; tak pandai baca Quran walaupun tahu cakap Arab. So so so, bacalah Quran banyak-banyak sebab mana kita tau hati siapa yang kita sentuh dengan bacaan kita yang tak berapa sedap tu!

2.   Botol minum 

Rasailah kenikmatan air zam-zam dengan penuh penghayatan sepanjang masa dan ketika.. *menangis*

3.  Beg silang mahal (murah lebih afdal)

Beri beri useful to put important things inside. Jangan silang tepi, letak kat depan. Tak kisahlah nampak macam ibu mengandung, better be safe than sorry.


4.   Botol wuduk


Jom belajar mengambil wuduk dengan spray! Cool okay. Orang Arab keliling confirm pandang dengan penuh kekaguman.

5.  Jubah yes, for both genders.

Pakaian terbaik untuk mengerjakan umrah. Walaupun panasnya membuatkan mulut tak berkata-kata, orang Arab lek je selubung jubah hitam satu badan. Sebenarnya cuaca kat Mekah dan Madinah adalah panas kering. Oleh itu, jarang sebenarnya nak berpeluh dan kalau berpeluh pun cepat kering. Bau badan pun tiada! Kalau ada, mungkin banyak dosa, jadi zikir banyak-banyak.

Perempuan tak payah pakai telekung pun takpe, pakailah jubah lengkap habis tutup semua aurat bawak solat. Selain daripada dapat feeling jadi orang Arab, it makes things easier!

6.  Purdah/Facemask (no purdah for men please)

you know which is which.

Sekarang ni banyak construction kat Mekah tu, jadinya banyak habuk. Pernah je orang main bom-bom bangunan tepi jalan. Nose Dust Respirator yang sumbat kat hidung tu okay, tapi saya rasa tak selasa. Sebab hidung comel sangat hehehehehehehehehehehe.

7.   Shades

Sangat membantu untuk lawatan Maqam Baqi', Jabal Thur, Jabal Uhud dan sebagainya! 

Warning : Jangan pakai semasa dalam ihram. Ada khilaf di situ. Takpelah panas sket, mana tau dapat hilangkan dosa mata. Banyak kannnnnnnnnnnnn?

8.   Khuf. Chewah. You know, footwear.



Perempuan boleh pakai stokin tebal-tebal sebab kaki perempuan ni halus gituw. Nak tawaf dan saie' pun rasa selesa. Ada jual jugak kat tepi-tepi jalan dengan harga 3 for 10 riyal! (paling murah dapat, paling bangga). Kalau boleh, carik yang panjang dan tapak cambest supaya tak tertanggal dan tergelincir opocot.
Lelaki tak pakai pun sebab lantai dalam Masjidil Haram diperbuat daripada marmar yang tak panas. Jadi jangan risau kaki tak terbakar punyeee semasa tawaf. Kalau terbakar jugak, banyak dosa kaki aiyok.

9.  Sun protection! - UV cream, lip balm, heel balm



Selain daripada banyak minum air dan pakai purdah, these products do help. This brand is beri beri recommended too because they are perfume-free and I must say, super effective too.

10.   Sejadah 

Kain kecik will do just fine in case you can't find carpeted place to perform prayers. Lelaki 'control macho tak men la pakai sejadah' adalah kes biasa. 

11.   Tasbih

Do, do, do zikr as much as possible. "Zikir yang paling utama ialah LailahaillAllah." [HR Tarmidhi]

12.   Buku gantung

Sebenarnya doa yang terbaik ialah doa yang datang daripada hati. Tak berkesan rasanya doa yang dibacakan dengan mulut tapi tak terkesan untuk hati. Untuk permulaan, boleh lah baca doa yang ditulis tu sebab doanya memang masyuk, tapi dah beberapa kemudian kalinya, hadirkan hati yang terbaik untuk meminta hajat yang tulus. Allah SWT tau tu insyaAllah.

Untuk perempuan, kalau boleh, jangan gantung kat luar telekung sebab nanti ada garisan kuning kesan kotoran euw. Sebenarnya pegang pun okay sebab nanti sakit tengkuk (ke saya je), well, this is when beg silang become very useful.

13.   Technology ewah

Mari kita variasikan ibadat yow. Bila mulut dah penat, tangan dan kaki dan menggeletar, rehatkan badan dengan ibadat telinga. I wish I downloaded more Quran recitals and Islamic songs in my phone because they do help you to stay in the righteous mood. 

Serious Warning : Detach yourself from the dunya; eg : Facebook and Twitter. It has been too long you have given your heart to the dunya and it's time to reclaim your heart to its rightful Owner. You know what I mean.

14.   Tongkat (Gua Hira')

Tak semua rasanya akan melawat Gua Hira' sebab perjalanannya sungguh dahhsyat. Tapi ooooseeeeeem. But this is a beri beri usefool tool for those who willing to risk their life. I know you think you're young and your backbone made of steel but teeeeeras me you memang perlukan tongkat! Experience it to believe it.

Special tips jeng jeng jeng...

15.   Datang solat awal

Salin waktu solat siap-siap letak dalam beg silang mahal. Always be aware of the time. And the best time to be in Masjidil Haram aw Masjid Nabawi is about an hour before. 

This is special for women, jaga tempat solat betul-betul and when I said betul-betul it means no tipu-tipu. Sit exactly on the very bottom, not at the front (tempat sujud). Orang Arab sebenarnya agak kasar jadi jangan nangis kalau dia rampas tempat duduk atau tolak kepala. Sewiyews saya sampai pernah kena sepak kepala sobs. Tapi takpe. Jom husnuzon. Yang terbaik ialah bersabar dan menghormati antara satu sama lain, terutamanya yang tua.

Serious Warning : Jangan berkasar dalam masjid. Dosa tu dah berlambak nak tambah lagi ke?

16.   Iktikaf selalu

Rasailah kenikmatan Qiamullail di Masjidil Haram *menangis lebih deras* Kalau boleh bawak bekalan makanan dalam tupperware untuk bekalan makanan or in this case, sahur. Trust me, you don't wanna miss this chance.

17.   Find yourself close with mutaweef/mutaweefah

Tuntutlah ilmu dan cerita pengajaran sebanyak mungkin daripada ketua rombongan. Trust me, you'll be more than amazed to know how cool they really are :)


         WAllahualam, ini sahaja yang mampu saya kongsikan sebab saya pun excited tengok kawan-kawan nak mengerjakan Umrah. InsyaAllah untuk kawan-kawan yang berpeluang, jadikan umrah maqbulah wa mabrurah sebagai cita-cita. Last but not the least,

"Sesiapa yang berhaji (umrah) kerana Allah, kemudian (selama berhaji) dia tidak berkata-kata kotor dan berbuat dosa, maka dia pulang seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih dari dosa)." [HR Bukhari dari Abu Hurairah]







ps/ when you have reached back home insyaAllah, tell me what is the picture I have there for my blog header okay ;) 

6 comments:

  1. its the picture of the carpet dkat msjid kan? :D

    ReplyDelete
  2. baby q. sangat comel nama tu.

    nak pinjam nama tuuuu! :D

    ReplyDelete
  3. nak pegi nak pegi tp belom redi cane? syakirah jd umrah guide nak tak? kih3.

    ReplyDelete
  4. waaaaaa..!!!! awak dah buat saya semakin rindu untuk ke sana..!! ='\
    nak tambah. jgn lupa bawa skil bahasa arab juga ke sana. boleh haggle n bargain banyak gila kot hihi.

    ReplyDelete
  5. Nayzu, arghh! dah tau keee. haha

    Nabilah, sila sila :P

    K Najla, oh saya sungguh berbesar hati nak jadi. tapi ilmu tak banyak ahh.

    Anjang, yess skil bahasa Arab. sokong.

    ReplyDelete