Thursday, March 17, 2011

tersebutlah kisah yang disebut secara tak sengaja..


diriwayatkan kisah seorang puteri yang tidak tenang hatinya. rasa kesedihan gitu tidak pernah meninggalkan lubuk hatinya gitu. rasa macam nak jerit je kadang kadang. tapi tetap ditahannya. sob sob.

Tuan Puteri tak sedih sebab air dia habis. tapi sedih sebab. sebab. puasa sunat terbatal.. *tak lawak Sya. tak lawak*

meanwhile, Abahandanya berasa pelik dan aneh melihatkan perubahan anakanda kesayangan tersebut. anakandanya tidak lagi mahu mengikutinya menonton siri rancangan kegemaran terhebat di istana iaitu Ultraman Gaia dan (er. apa eh Abah? oh,) dan rakan-rakannya!

pada mulanya, baginda tidak memandang serius hal ini.

lama lama baru baginda terkejut.

"hm. beta akan berbuat sesuatu. yes." maka bersenang hatilah para gundik di belakangnya. *hehe.

lalu baginda pun memanggil sekalian ahli-ahli istana yang kehormat datang mengadap baginda. ya. gundik pun salah seorang ahli istana ye.

ketua penjaga kanak-kanak dan cucu-cicit diraja

penglipur lara or sarkis diraja

ni. huh. tak sanggup nak tulis.


tukang tilik diraja

pengawal kehormat diraja merangkap drebar bersama isterinya merangkap.. gundik?!! how come?!

maka, berlangsunglah sesi dialog baginda Abahnda dan Ibunda mengenai situasi anakanda kesayangan mereka yang hanyut dilanda keresahan dan kegelapan. euw.

Ibunda cuba memahami. dan masih mencuba, masih lagi,


akhirnya Ibunda tersedak tergelak apabila dah paham. bersandarkan kepantasan akal dan kewarakan ilmu di dada, lalu terfikirlah baginda Ibunda akan satu idea yang pasti berjaya menggembirakan semula hati Tuan Puteri.

"ei apalah Kanda ni. takkan tu pun tak terpiki."
"OHOHOHO. yelah. Kanda lupalah. NYOHOHO"

"ya Allah muka apa itu Abahanda??!" teriak Tuan Puteri dalam hati. dari jauh.

maka bermulalah satu projek baru istana dalam memenangi semula hati Tuan Puteri yang remuk dan berkecai itu. semua ahli-ahli istana dalam keadaan sedia dan bertenaga untuk melaksanakan perintah baginda untuk mendaulatkan keluarga baginda bagi mempertahankan kebagindaan baginda dalam kecemaran duli baginda di mana ianya..

apabenda ni Sya..

tukang tilik mula menyeru segala jin peliharaannya,


sarkis dan penilik, again, mengambil semangat sungai dan ikan sungai


eh ni tak keluar watak lagi kan. ehem. imam diraja *hehe* mula melaungkan. er. laungan. yeah.

dan dugong melabuhkan dirinya di tepian sungai! *muahahaha*



dan akhirnya tibalah detik penentuuuuuuuu

























eh tak tak. ni saje nak bagitau Sya yang buat. hehe.












dan laluuuuuuuuuuuuu...


PERANG AIR PUN BERMULA!!


keganasan semakin terlihat. fokus penilik diraja fokus penilik diraja. dia takut air. *hehe*


Tuan Puteri masih steady.


amende pengawal diraja pun takut air ni bang?!!

maka tau lah bahawasanya Tuan Puteri sebenarnya merindukan air. air tu simbolik kepada kasih sayang daripada keluarganya yakni kasih yang termengalir tak putus putus sejak lahir lagi. jadi apabila adanya Perang Air, kasih yang terkering sekejap, menjadi berair semula, dan hati Tuan Puteri kini kembali berseri dan baginda berasa bla bla bla.

post-party kejayaan projek


Tuan Puteri dan makanan yang sedap dan enak dan berkhasiat.


yeahh. jelitawan sedunia.


dan begitulah riwayat ini berakhir. akhirnya Tuan Puteri kembali tersenyum dan hatinya berlonjak riang bla bla bla bla

sekian saja. terima kasih.





TEPOK LAH. PENAT NIH UPLOAD GAMBARRRRR.










rasa tak layak sebab dapat kegembiraan dan kebahagiaan cani sekali.
could only say, thank you Allah :)
oh ye, Kejujuran boleh tidur sekarang ye.